Image Hosted by ImageShack.us







shiella
April 25th
Female
Hulu Langat
   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Tuesday, September 07, 2010
Salah siapa?....

Aku tak tau nak salahkan siapa. Aku cuma nak puaskan hati orang yang aku sayang tapi sekarang, aku pulak yang rasa macam terkilan dan kecewa. Agak2 korang, adil tak macam tu? Berniat gembirakan orang lain tapi hati sendiri terkilan. Korang judge la sendiri ye.

Mak aku minta aku belikan dia rumah. Setelah cukup syarat-syaratnya, aku pun bertekad beli sebiji rumah teres (beli atas tangan orang je pun). Tapi bila dah selesai semua urusan, tercetus la dialog ni pagi tadi. Agak sedih gak aku dibuatnya.

Aku: Mak, rumah yang kaklong beli tu dah selesai sumenya. Boleh la duduk lepas raya ni. Okay tak umah tu?

Mak: Hmm...okay je. Umah tu kecik dari umah yang kita duduk sekarang ni. Tapi dah kamu nak beli gak. Mak diam la.

(Aku terkesima dah time ni...Umpama aku lak yang beriya-iya nak beli umah tu sedangkan aku cuma nak beli untuk mak aku je sebab asalnya aku nak beli umah lain yang lebih baik tapi dah mak nak umah dalam area tu gak, aku beli je la..)

Aku: Aik, bukan mak ke yang iya-iya nak umah tu?

Mak: Pandai-pandai je kamu. Mak dah senyap pasal umah tapi kamu yang beriya nak beli. Mak diam je la. Mak memang tak puas hati dengan umah tu. Kecik sangat. Nak renovate pun susah.

(Aduh, memang nak menitik air mata aku. Ada ke aku pulak yang kena!)

Apa-apa pun, aku bersabar je. Maybe dah memang sifat semulajadi aku kan..Tapi penyudahnya sebelum air mata berembesan kat ofis, aku terus call adik aku, angah. Luah perasaan aku kat dia. Angah kata, "banyak2kan sabar long, biasa la mak tu. Aku pun tak tau kenapa mak tu sekarang makin anti dengan kamu".

Tapi takpe, aku dapat rasa sebab apa mak mula anti dengan aku. Aku terima je. Pasrah...

 


Posted at 12:27 am by shiella
komen  

Saturday, January 23, 2010
Pengalaman baru

Penat gak arini. Aku mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Aku cuba2 dalam bidang lakonan pulak. Tadi pergi casting untuk filem 'Baik Giler' terbitan Layar Dimensi Sdn. Bhd. Memang nervous ar bila masuk bilik audition tu. Tapi alhamdulillah, aku berjaya buat apa yang diorang nak. Scene yang susah untuk aku, menangis. Scene lain macam ketawa, senyum, marah, sume aku boleh buat. Nasib aku baik bila diberi peluang dua kali. Kali pertama memang tak keluar air mata langsung. Kali kedua pun lebih kurang je tapi keluar gak la sikit. Entah kenapa susah sangat nak keluar air mata. Apa pun, aku dah selamat menjalani audtion tu. So, tunggu je la keputusannya nanti.

Aku tak kisah pun kalau tak dapat.  Aku hanya mencuba je. Dapatkan pengalaman baru. Aku ni kan memang suka nak mencuba. Kalau ada rezeki, dapatlah. Tapi saingan memang ramai. Bayangkanlah, nak pelakon seramai 12orang je tapi yang datang audition 200 orang. Macam2 latar belakang plak tu. Aku je kot yang takde pengalaman dalam lakonan. Hehe....Tapi enjoy gak la sebab tak perlu berdialog. Cuma tunjuk memek muka je.

Balik je rumah memang penat gler. Apa lagi, terus tido la. Kul 7 baru aku bangun. Ha, amik ubat!! Baru audition dah kepenatan. Belum g shooting lagi..hahaha...

 


Posted at 04:40 pm by shiella
komen  

Friday, January 15, 2010
Birthday Mak

12Feb-besday mak. Aku call mak tepat kul 12t/mlm tapi mak tak jawab. Then, aku hantar mesej. Pastu mak balas. Happy tul rasanya. Dah bertambah umur dia. Aku dengan angah pakat buat surprise untuk dia semalam sempena kenduri kesyukuran untuk aku dengan angah. Kek aiskrim aku tempah untuk mak sebab memang dia suka nak makan aiskrim coklat.

Semalam, aku balik umah mak dengan housemate aku, Rozi. Time sampai kat umah, kelam-kabut aku nyorok2 nak simpan dalam peti ais. Tapi berjaya juga akhirnya tanpa disedari mak aku. Lepas je abis kenduri, angah bagi ucapan terima kasih untuk sume yang sudi datang kenduri kitorang tu dan kitorang terus buat surprise kat mak. Memang nampak sangat muka mak terkejut dan terharu. Siap terus menangis. Aku, angah n kakchik pun same. Nangis. Huhu...syahdu btul. Ni la pertama kali kitorang buat surprise untuk mak. Sume kawan2 mak pun nangis same. Sume tersentuh dengan apa yang kitorang buat. Yang penting, aku btul2 happy dgn apa yang terjadi.

 


Posted at 10:08 pm by shiella
komen  

Tuesday, December 22, 2009
Catatan Percutian Keluarga 2009~Langkawi & Penang

Inilah percutian family aku sempena Awal Muharram 1431Hijrah. Kalau tahun lepas (2008), family aku pergi PD. Kali ni kitorang pergi jauh skit. Langkawi. Percutian ni abah yang rancang. Aku, mak dan adik2, sume tak tau. Tapi alhamdulillah percutian yang amat bermakna sebab ni 1st time aku pergi holiday dgn family aku jauh2..Kitorang pergi 18-22 Disember 2009. Disebabkan aku selalu sangat dah pergi Langkawi, so, untuk holiday kali ni aku jadi 'tourist guide' la. Tunjuk jalan g tempat2 yang sepatutnya dilawati sepanjang bercuti. Memang dah macam orang Langkawi aku ni (Mak abah pun cakap macam tu...heheh...).

Tempat yang tak sempat pergi cuma Telaga Tujuh dgn Kereta Kabel Gunung Mat Chincang je...Yang lain, alhamdulillah sume dapat pergi. Memang kenangan la. Best sangat2..Tambah pulak, balik singgah Penang sehari semalam. Macam biasa la balik dengan barang yang penuh dalam boot kereta. Aku cuma beli skit2 je. Yang banyak borong, mak abah dan adik2 aku. Aku dah selalu berjalan sorang2...Dorang jarang berjalan holiday camtu so, bagi peluang kat diorang shopping n jalan2 sakan.hehe...

Planning pasni dalam 24hb maybe ke Selatan pulak..Ye la utara dah pergi, ke selatan la pulak..hehe....berjalan sakan di hujung tahun. Cuti-cuti 1Malaysia, sahut seruan kerajaan...chill!!

Stakat ni dulu catatan aku. Nak tido dah. Ngantuk + penat. Sok nak kuar jumpa bf plak...huhuhu...rindu gler dgn dia... Chow n gudnite...


Posted at 11:36 pm by shiella
komen  

Wednesday, December 09, 2009
Sedih,happy,terkilan...sume ada

Kelmarin, 5 Dis 09..Aku kehilangan seorang atuk yang paling aku sayang. Memang sedih sebab aku memang rapat dgn dia. Rasa macam dia masih lagi ada dgn aku. Hari tu mmg bnyk program aku tapi aku tak dapat hadir sume sbb atuk aku meninggal. Abah bagitau aku pun pukul 7.30 pg (waktu aku dah ada kat Dataran Merdeka utk rehearsal Tarian Cuti-cuti 1Malaysia). Lepas je abis rehearsal, terus je aku pergi umah arwah atuk. Selamat la aku sempat tengok dia buat kali terakhir. Alhamdulillah. Tenang je aku tengok muka arwah. Semoga Allah tempatkan dia dikalangan orang2 yang beriman. Yang kelakar, waktu sume orang pergi kubur dan takde orang yang nak tinggal, aku dengan adik2 aku berkorban la utk tinggal kat umah. Ye la kan lepas pergi kubur, balik mesti masing2 lapar. So, aku, angah dgn achik la yg masak aritu. Dalam sejarah, kitorang bertiga je yg masak utk org ramai. Macam tak caye pun ada sebab sume org maklum yg aku dgn achik ni mmg xpandai masak. Terkejut sume time balik tengok makanan dah siap hidang. Yang xbleh blah lagi bila sume makanan habis tak berbaki.(tak cukup lagi adalah..kenalah achik masak sardin plak sbb aku dgn angah amik alih basuh pinggan lak)...

Hari tu jugak, kawan aku (merangkap jiran belakang umah aku) Balkhiz kahwin. Majlis kahwin dia buat sekali dengan reunion utk kawan2 dia dari sekolah rendah sampai ke universiti. Majlis kahwin officemate aku pun, aku tak dapat pergi. Nasib baik, dua2 ni ada facebook. So, aku leh la tengok gambo2 dorg kat fb tu. Alhamdulillah.

6Dis09- Pesta Tarian Cuti-cuti 1Malaysia kat Dataran Merdeka. Disebabkan aku ni trainer, kena la menari dengan barisan menteri dan isteri-isteri menteri kat barisan paling depan. Interframe la skit..ahaks...Berbaloi rasanya berlatih hampir 2bulan setengah. Puas hati. Yang lagi best pesta tarian ni diiktiraf dan direkodkan dalam Malaysia Books of Record sebagai Tarian teramai dan majlis paling ramai dihadiri rakyat iaitu 12ribu orang..Bangga la kejap...hahaha... Balik memang tido la jawabnye..penat...hmm...

Malam lak g tengok wayang. Tak rancang pun sebenarnya. Malam tu aku cuma temankan dia makan malam je. Lepas tu, ntah macam mane terus ke wayang..G la tengok citer Ninja Assassin. Memang superb ar citer tu. Menggerunkan. Aku asyik tutup mata je time thriller yg giler ganas tu. Dia leh lak gelakkan aku. Hampeh tul. Yang lagi best, yg dok sebelah aku pun penakut mcm aku gak. Akak tu pun same dengan aku, kena gelak dengan tunang dia.  Sabo je la..Kira tak rugi la tengok citer tu. Even ganas gler citer tu.

7Dis09- Aku cuti sebab demam.Bukan demam sebab menari tapi sebab citer ninja tu. Sampai terbawa2 dlm mimpi..hahaha....Dah alang2 aku cuti, aku bawa la kereta aku g worksyop service. Kebetulan, dia pun cuti gak. dia la teman aku sepanjang aritu. Lepas service keta, kitorang g Putrajaya jumpa kawan aku, Nad. Pastu terus lunch kat sana. Ada ke Nad kata aku dengan dia macam adik beradik..Aku tengok tak same langsung. Balik tu terus g amik mak dan hantar g umah arwah atuk sebab nak buat kenduri malam tu. Lagi citer kelakar, dia yang drive, time mak aku naik keta, dia terus tekan minyak, padahal kaki mak aku belum abis masuk dlm keta lagi. Pe lagi, menjerit la mak aku. hahaha....nampak sangat dia gelabah bila jumpa mak aku. Yang tak boleh blah tu, dia buat 2kali. Memang nampak tangan dia menggigil. Takut kot.... Sepanjang jalan g umah atuk aku tu, aku bersembang dengan mak aku, dia diam je tapi bila mak aku tanya dia, mcm gelabah gak dia nak jawab tapi last2 ok je. Bila dah hantar mak, dia ajak aku g Cosmo's World kat Times Square. TIme tu dia bagitau aku, dia lagi takut jumpa mak dari jumpa abah. Kelakar tul. Tapi dia kata mak aku brutal mcm aku. Memang anak beranak giler2...

Tetiba je aku teringat kenangan aku dengan kwn2 aku dulu2 kat situ(Times Square), si Ana dgn Nad...Memang happy je time tu...Baru la aku tau yg dia ni gayat orgnya...aku leh lepak gelak2 lagi. Dia dah terjerit2..Bila dah turun, kelam kabut dia pergi toilet. Muntah!! Memang pucat muka dia. Yang best, bos dia siap belanja aku kat situ. Dia kata adil la. Dia takut tinggi, aku takut gelap. hampeh je ayat dia. Balik tu g makan kat tempat biasa. Pastu terus balik. Memang penat gler. Dia kena hantar aku balik sebab dia kena bawa keta aku g worksyop balik besok arinya.

Time dia hantar aku kat ofis, xde orang yang perasan tapi bila time balik, dia datang amik aku, kecoh jap ofis tu. Yelah, sebelum2 ni, even aku ada bf pun,xpernah bf hantar n amik keje....Aku senyum je..malas nak ulas soalan2 dorang tu..

malam tu g makan malam terjadi suatu insiden yang tak diingini. Aku gaduh besar dgn dia sebabnya cuma pasal aku tak bagitau dia yang xbf aku call aku. Aku bagitau kat dia, memang xbf aku ada mesej aku tapi aku buat bodoh je. Lepas tu dia call aku kat ofis. Kalau dah call guna fon ofis mestilah aku angkat kan..takkan aku nak biar je telefon tu berbunyi. Xbf aku ajak aku kawan balik dengan dia (bukan as a gf cuma kawan baik macam dulu). SORRY!! tak kuasa aku nak layan. Bagi aku what is past is past!!

Aku bagitau la kat dia pe yang xbf aku cakap. Dia marah2 aku plak. Pastu bawa kereta macam hantu. Dia kata aku buat dia macam kayu sebab taknak cakap dengan dia. Aku cuma cakap dengan angah je. Aku ni bukan taknak cakap tapi aku tau perangai dia. Aku taknak nanti dia cari xbf aku tu. Tak pasal2 je bergaduh jap g...Kang ada pertumpahan darah plak pasal aku..Tu yang aku xbrani nak cakap kat dia. Dia tu dah la baran tahap gaban. Tapi dengan aku dia xbrani nak tengking sebab dia tau sikap aku kalau marah. Yang aku takleh blah tu bila dia suruh aku balik dengan xbf aku tu. Aku memang pantang orang yang suka2 hati je cakap mcm tu. Kalau dah taknak kat aku, cakap je la. Takyah minta aku balik dengan xbf aku tu!!..Last2 dia minta maaf dgn aku, siap beli coklat lagi. Tapi aku xmakan pun, pandang muka dia pun aku taknak. Padan muka dia!!Lama gak la gaduh sampai dekat kul 1.00pagi.

Katanya, dia taknak hantar aku balik selagi aku tak maafkan dia. Bila aku kata dah maafkan, still xnak hantar aku balik sebab dia kata aku tak ikhlas. Aku diam je sepanjang jalan. Aku ni malas nak gaduh2..Daripada bertekak dengan dia, baik aku diam je. Kan diam tu lebih baik dari bersuara. haha....Lagi buat dia bengang. Dia kata dia bercakap mcm dengan tunggul kayu je. Aku buat bodoh je...hahaha...Penyudahnya dia hantar gak aku balik.

 


Posted at 08:03 pm by shiella
komen  

Wednesday, December 02, 2009
Tabahlah hati....

Hidup ini tak pernah sunyi dengan dugaan, cabaran dan halangan yang mendatang...begitu jugak dengan aku...Setiap kali sebut soal jodoh memang aku tak pernah terkecuali dari mendapat tentangan parents aku. Sedih tul...Kenapa mesti aku yang menjadi mangsa apabila setiap pilihan aku tak pernah menepati citarasa kedua ibu bapa aku??? Apa lagi aku nak buat?? Aku dah tak larat nak mengadu kat hamba yang bergelar manusia (sekalipun kat adik aku, angah!). Dah la dia sibuk dengan preparation untuk final exam, so, aku taknak  ganggu fikiran dia. Finally, blog kesayangan aku ni la tempat meluahkan segala2nya. Sebelum ni, memang mak abah aku terima pilihan aku seadanya tapi entah kenapa akhir2 ni semacam ada sesuatu yang membuat diorang menentang keras hubungan aku. Mungkin waktu diorang terima dulu sebab diorang tau betapa sengsaranya aku sebab clash dengan bf semata-mata untuk terima pilihan diorang yang akhirnya curang dengan aku. Isy, sakit kepala aku fikir sume ni.

Dah tu plak, baru kejap ni mak abah aku suruh breakup dengan dia. Alasan yang paling aku tak boleh terima sebab dia bawah umur aku!! Abis tu orang yang dijodohkan dengan aku dulu bukan ke bawah umur gak??? Ohh..sebab dia kaya, serba serbi ada, tu jadi tiket atau lesen untuk mak abah aku terima dia. Yang kali ni sederhana n sama je macam aku, so, mak abah tak boleh terima?? Apa guna ada harta, ada segala2nya tapi memainkan perasaan orang lain??

Aduh!!!! Kenapa setiap kali aku dah mula betul2 sayang dengan someone, mesti ada halangan yang macam ni. Apa aku nak buat ni??? Perlukah aku berkorban untuk ke sekian kalinya?? Aku rasa macam aku dah banyak berkorban demi kepentingan dan kebahagiaan orang lain sehingga sanggup mengabaikan kebahagiaan sendiri. Selalunya yang jadi kaunselor atau goodlistener aku, adik aku la si angah..tapi...xmo ar ganggu dia skang. Aku buntu sangat skang ni. Apa aku nak buat????? TOLONGGGGG!!!

Aku nak cerita kat bf aku pasal ni tapi keadaan skang macam tak mengizinkan. Baru je semalam g spital dengan dia sebab dia mengadu sakit dada. Doktor cakap mungkin implikasi jantung. Nanti tak pasal2, collapse lak dia bila tau berita ni. Aku memang betul2 sayangkan dia. Dalam keadaan dia skang ni memang tak sesuai aku cerita hal ni kat dia.

Aku bukan tak boleh pilih orang yang lebih hebat dari dia, lebih kaya, ada segala2nya dan confirm kalau aku kahwin nanti memang boleh hidup senang tapi apa gunanya kalau nanti dah kahwin asyik bergaduh pasal taraf!! dan aku pun tak ada perasaan cinta padanya?? Tension aku macam ni. Hati aku bukan boleh dibeli dengan wang ringgit dan harta benda. Aku tau mak abah nak yang terbaik untuk aku tapi diorang macam tak pernah fikir hati dan perasaan aku. Diorang nak apa2 je sume aku bagi. Nak duit, aku bagi. Suruh aku cuti, aku buat. Nak rumah, aku belikan. Nak apa2 je, sume aku dah penuhi tapi sampai skang masih tak faham kehendak hati aku. (Aku memang tak berniat nak mengungkit tapi ni sekadar luahan hati aku je).

Memang dari dulu aku tak pernah capai apa yang aku nak. Mesti ada je halangan. Dari zaman sekolah lagi sampailah sekarang, umur dah pun 24 tahun. Rasa macam nak menangis je. (even aku kat rumah memang selalu nangis bila kenangkan nasib diri aku ni) Bf aku yang skang ni dah macam kawan baik aku je. Banyak hal2 aku yang dia tau n hal2 dia yang aku tau. Berat je rasa dada aku saat ni.

Ya Allah, Kau kuatkanlah semangatku, Kau tabahkanlah hati ini...


Posted at 10:46 pm by shiella
bace ler...  

Tuesday, December 01, 2009
Macam-macam...

Tahun ni aku dan family sambut Hari Raya Haji simple je. Just dok umah n spend time together..Sabtu malam (28nov) aku g tengok citer Senario 2 dgn dia. Tu pun sebab dapat tiket free..hehe...memang pecah perut ar tengok citer tu. Aku ada lagi 2tiket. Silap2 minggu ni aku g tengok dgn housemate aku.

Hari ni aku demam lagi. Dah 2hari aku demam camni. Tadi g klinik, doktor cakap aku demam malam, dia bagi aku injection kat punggung..memang sengal je rase tapi ada kurang la..alhamdulillah. Hari ni aku terpaksa mc sebab tak larat sangat.

Aku demam pun sebab masalah yang tak abis2 ganggu aku. Pe lagi kalau bukan soal jodoh!!! Tension je. Mak abah aku dah senyap, pakcik aku plak yang lebih2. Angah pun tau citer ni. Aku dapat citer ni time g antar angah balik Tg. Malim. Pakcik aku call. Aku citer kat angah. Angah pesan kat aku jangan pk sangat sebab dia tau kalau aku terlampau pk mmg sakit nanti. Pastu aku citer kat bf aku. Yang aku bengang dia kata takpe la kalau dah itu jodoh terbaik aku. Bengang tul aku dengan dia cakap camtu. Dia kata sebab dia sayangkan aku la, dia benarkan aku terima lelaki lain sebagai suami aku. Mana boleh!! Hati aku skang cuma utk dia sorang je. Suka2 hati je nak suruh aku terima orang lain dalam hidup aku. Bergaduh la kejap dengan dia. Dia ajak aku keluar pun aku malas. Padan muka dia. Bayangkan la bila dah sampai kat umah aku, aku taknak keluar pun. Dia tunggu je dalam kereta sampai aku turun. Aku tengok dari umah aku tapi aku tak turun pun sampai sudah. Last2, dia minta maaf dengan aku sebab dia kata dia pun sebenarnya tension bila dengar soal ni. Pastu kitorang pakat utk kawin lagi 4,5 tahun. Skang biar masing2 kukuhkan ekonomi dulu dan selesaikan tanggungjawab apa yang patut. Maklumlah kitorang dua2 pun anak sulung, so tanggungjawab tu banyak lagi. Dia nak pujuk aku sampai sanggup amik cuti minggu depan sebab nak ajak aku g holiday. Ha, tau pun nak pujuk aku. Padan muka.

Dah lama penyakit ni tak menyerang. Skang datang balik (migrain). Maybe terlampau banyak fikir kot. Harap2nya lepas ni aku tak payah nak fikir benda2 mengarut ni lagi. Just enjoy with my life. Live my life!!! Bila dia call aku, memang dia suka sangat dengar aku cuti sebab semalam time aku g dinner dengan dia, dia memang suruh aku cuti arini sbb dia tau aku tak larat sangat2. Lagi satu, dia nak beli myvi baru, dah tu suruh aku yang pakai. Aku tak tau nak kata apa.Then, dia suh aku bagi kereta aku tu kat angah or achik. Dah la dia beli kereta tu manual..hmm...aku ni dah la 'terer' sangat pasal kereta2 manual ni..dia kata kalau dia beli yang auto memang aku tak reti bawa slow, kalau manual, aku kena blaja dulu, so bawa pun slow je. aduhh!!! pasni kena la blaja bawa manual dengan angah..

Bila aku citer kat angah, angah gelak je, dah tu dia kata silap2 bukan aku yang drive tapi dia yang drive..hahaha...xkisah la.angah drive pun ok gak. Yang penting pasni, angah kena jadi cikgu driving aku ler..hmm...

 


Posted at 07:30 pm by shiella
komen  

Sunday, November 22, 2009
Tipu!!

Huh...malam semalam dinner date dgn dia. Katanya ada sesuatu yang dia sorokkan dari aku dan dia dah sedia nak cerita kat aku.  Bila dah terangkan kat aku, memang aku berangin!! Terus aku suruh dia hantar aku balik. Bengang je kena tipu..nya(Sebenarnya benda tu xde la serius mane pun...tapi bagi effect kat aku gak la..)

Even aku belum maafkan dia pada awalnya, tapi bila aku cerita kat mak pasal ni, mak kata tu hal kecik je jangan jadikan alasan untuk bergaduh. Nasib baik ada penasihat berkaliber tu. hehe....(mak aku la..). Lastly, aku maapkan gak dia. Benda kecik je kan...

Yang tak leh blah bila aku tunjuk muka marah kat dia, dia dah macam nak menangis..hahaha...jahat aku kan...dia macam dah tension sebab fikir camne nak pujuk aku balik. Berbekas gak tangan dia kena cubit dengan aku. Lama dah aku tak cubit orang. Ni la akibat tipu aku kan. Aku siap cakap kat dia, kalau aku tau dia tipu aku lagi lepas ni, paham2 je la akibatnya. (dia memang paham maksud aku...) tu yang dia lagi takut tu..ha, padan muka!!


Posted at 05:37 pm by shiella
komen  

Saturday, November 21, 2009
Jumpa bapak!!

Semalam 20.11.2009, aku g jumpa bapak angkat aku kat putrajaya dengan Ana (angah). Lama sangat tak jumpa dia. Setahun lebih rasanya. Tahun ni je raya aku dgn Ana tak dapat jenguk dia kat kampung sebab kitorang memasing sibuk.  Aku terasa malu n segan gak dengan dia bila dia sendiri yang call aku. Ada ke patut bapa call anak..hehe...Tapi yang penting aku dah g jumpa dia. Memang nampak badan dia susut skit. Maklumlah dah tua tapi tetap cergas macam dulu. Yelah orang sukan kan...hehe...memang camtu...Disebabkan nak jumpa bapak punye pasal, aku sanggup cancelkan dinner date dengan bf. Nasib baik dia paham. Dia risau bila tau aku nak g putrajaya tu sorang2. Dia memang nak temankan tapi aku tolak awal2 sebab aku tak bersedia untuk dia kenal dengan orang kat sekeliling aku kecuali family aku je. (ntah pape je kan aku ni..) Then, dinner date tu ditunda ke malam ni.


Posted at 05:19 pm by shiella
komen  

Friday, November 13, 2009
Bengang!!

Bengang betul aku dengan org yg cakap macam !@#$%^ ni!! Memang dia betul2 menguji tahap kesabaran aku. Mula2 cakap lain, lepas tu cakap lain plak. Semalam dia suka2 je nak marah aku depan sume orang, lepas tu boleh terus blah macam xde pape je...pagi ni aku mengamuk sakan!! Terus dia xbrani pandang muka aku pun. Tunduk je dia sepanjang aku membebel. Bajet dia bos, aku xbrani lawan la...Sori ar, salah orang..aku kalau dah hangin, memang xterkawal la jawabnya. Sampai dia tak berani lalu depan aku. Sehari ni dia xbrani nak panggil aku mengadap muka dia. Semua keje dia buat sendiri. Apa2 pun tulis kat note then, pass kat aku. ha, padan muka!! Skali2 bos ni mmg kena ajar. Tak leh terlampau bagi muka. Nanti dia makin pijak kepala kita.

Dah terang2 dia salah pun lagi nak kata dia yang betul...huh!!!


Posted at 10:33 pm by shiella
komen  

Next Page