 |
shiellaApril 25th Female Hulu Langat
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Wednesday, November 04, 2009
Malam yang memboringkan...
Ntah nape malam ni boring sangat...sampai bengong pale hotak aku ni...xtau nk watpe dah...yang aku boleh buat cuma tengok tv, surf tenet, baca buku...tu pun boring gak..adoyai..nak kuar, ujan plak...slalu kalau boring2 cmni aku call adik aku, angah n borak2 dgn dia tapi skang ni xseswai call dia sbb dia bz nk siapkan projek final sem dia..xnak ar aku ganggu dia...bf plak hp rosak...aduhh....bosan yang teramat2 ni...
Posted at 09:45 pm by shiella
Permalink
Monday, November 02, 2009
Aku rasa teringin sangat nak pergi Cameron. Ntah bila la agaknya aku dapat pergi lagi sekali..Dah lama sangat rasanya tak pergi sana. Lebih 7 tahun aku rasa. Nak tido sana. Mesti best kan...Genting dah pergi...so, lepas ni aim nak g Cameron lak. Next week aku cuti sebab bf cuti..so, ni la time nak spend time together dgn dia n our family...sambil2 bincang2 perkara2 sepatutnya...hehe...plan nak g pd. balik hari je. mana boleh tido sana (belum kahwin kan...) stakat berjalan je tak pe la...
Hujung tahun lak plan nak g Langkawi. Mak aku kata kalau aku dah bertunang, dia nak ajak tunang aku skali tapi stakat ni belum lagi so kena fikir2kan dulu...Mama dia xde hal. Sporting beb!! Leh ar geng dengan aku..Stakat ni dah banyak kali gak aku jumpa mama dia. memang leh jadi member kamceng ar dgn aku...hahaha...Silap2 g pd nnt ajak mama skali...mesti best!!
Posted at 12:54 am by shiella
Permalink
Wednesday, October 28, 2009
L is for the way you look at me O is for the only one I see V is very, very extraordinary E is even more than anyone that you adore can
Love is all that I can give to you Love is more than just a game for two Two in love can make it Take my heart and please don't break it Love was made for me and you
L is for the way you look at me O is for the only one I see V is very, very extraordinary E is even more than anyone that you adore can
Love is all that I can give to you Love is more than just a game for two Two in love can make it Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you Love was made for me and you Love was made for me and you
Posted at 07:24 pm by shiella
Permalink
Tuesday, October 27, 2009
Aku Rindu Sayang Kamu-Black Mentor
Suka sangat lagu ni...
Siang dan malam ku kini menjadi satu terasa sunyi ku bila tiada mu apakah ini dinamakan cinta ohhhh menjadi aku yang punya..ohhh
Apakah kau rasa seperti ku..rasa hari hari ku tak menentu.. bagaikan lilitan terikat dijantung ku terasa sungguh….ohhhh
Korus Aku rindu,sayang kamu, padamu aku cinta kepada mu sayang kamu..ooohhh
Apakah kau rasa seperti ku..rasa hari hari ku tak menentu.. bagaikan lilitan terikat dijantung ku terasa sungguh….ohhhh
Ulang Korus
Posted at 12:56 am by shiella
Permalink
Sunday, October 25, 2009
Minggu yang memenatkan...(last week)
Memang last week, minggu yang paling memenatkan. Macam2 aktiviti aku: Hadir bengkel trainer tarian cuti2 1Malaysia, Bowling Tournament ISM, Annual Dinner ISM dan hari ni aku pergi Majlis Pernikahan sepupu aku.
Bengkel Trainer Tarian Cuti2 1Malaysia: Bengkel dibuat kat Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya. Memang enjoy, menari dari pagi sampai ke petang. Dapat geng lak memang kepala gempak..lagi ar layan termasuk koreografer (yg kitorang sume panggil cikgu) yg kepala pun gila2..Yang aku tak leh tahan, bila cikgu Am buat gaya pom2 boy utk aku. Go Shila Go Shila Go!! pergh!! pemes jap..hahaha....Bengkel ni best sebab gabung sume kementerian. Pasni aku kena train dak2 kementerian aku lak.
Bowling Tournament ISM 2009: Memang kecoh tournament kali ni sebab aku dapat team yang memang havoc. Encik Rosli dgn Wan IT. Aku pun tak sangka leh main sebaik tu even tetap kalah sebab ada yang lagi terer main dari aku. Sekurang2nya aku dah catat rekod peribadi untuk 3game, jumlah jatuhan pin aku 349. Tak banyak mane pun berbanding dengan yang lain2. Tapi yang penting enjoy.
Annual Dinner ISM: Ni la 1st time ofis aku wat dinner. Setelah bertungkus lumus, diner ni berjaya gak akhirnya. Berada di tahap yang boleh dibanggakan sebab sume hasil titik peluh, penat jerih staff sendiri termasuk aku. Ada yang sanggup sewa baju semata2 utk memenuhi tema malam tu: 1Malaysia. Aku lak kena wat performance. Yang klakarnya, aku training dengan lagu Rela, sekali kena nyanyi lagu dangdut high pitching lak tu. Memang ada la part yang tersangkut. hahaha...lawak tul. selamat sume sporting malam tu.
Lain-lain program: Kul 10pagi aku gerak pergi Masjid Sg.Besi sebab sepupu aku nak menikah. Sepupu aku ni kembar, that's why sorang nikah dulu, sorang lagi awal tahun depan. Majlis Perkahwinan buat bulan 4 tahun depan. Petang lak, Syafa dgn Hasan datang umah aku. Diorang singgah lepas balik dari Sg.Congkak. memang lame tak jumpa diorang. Rasa best sangat. Sebelum tu jumpa diorang kat kedai makan sebab diorang ajak aku makan sekali tapi sebab perut dah kenyang, so, aku dok teman dorang makan je la. Olie dgn Amin pun ada skali. Dengar experience diorang berkayak buat rekod Malaysia, best je...
Memang penat tapi bila dah masuk ke waktu malam macam ni, then xde pape nak dibuat, rasa bosan plak..tu la manusia kan, sentiasa tak puas hati dengan apa yang ada. Yang penting minggu ni memang best.hehehe....
Posted at 10:47 pm by shiella
Permalink
Wednesday, October 21, 2009
Tersingkaplah tirai cintaku yang lalu Hangatnya bagai lahar yang membakar bumi Sehinggakan aku menggelumpur kelecuhan Bila engkau pergi tak kembali
Kala itu sayangnya engkau padaku Dan kutelani segala kata indahmu Kerana kusangka kau kan terus bersamaku Tapi hanya sekadar waktu
Seluruh cintamu itu hidup segar dijiwaku Masih kuterasa Tak layu ditelan waktu Tak pudar kasih hatiku Dan kau masih lagi kusayangi
Walaupun engkau tiada Namun cintamu terasa Membendung rinduku sejak dulu hingga kini Indahnya kukenang dan pahitnya dah kutelan Begitu kasihku kepadamu
Ingin aku mengulangi saat indah waktu dulu Tapi bagaimana dapatkah berulang lagi Bersamalah kita jadikan pengajaran Betapa pedihnya oh perpisahan
Mengapa di waktu ini Aku teringat kembali segala kenangan Adakah engkaupun sama masih ingat kepadaku Seolah kita tak pernah berpisah
Posted at 12:14 am by shiella
Permalink
Tuesday, October 20, 2009
Sungguh indahnya hari berlalu Menunggu kasih tambatan hati Ingin rasanya selalu berbagi Bersamanya kala suatu nanti
Andainya kau jadi milikku Selaluku nyanyikan lagu rindu Andaikan kau dan aku bersatu Dunia ini berseri selalu
Kuingin dirimu dekat dihatiku Berdua kita kan raih bahagia Kuingin dirimu turut merasa Rasa rindu untuk menatap matamu Menatap matamu
Bagaikan bintang nun jauh di sana Terangi malam yang semakin gelap Jika kau sudi menemaniku Takkanku lepas walau sedetik pun
Posted at 11:48 pm by shiella
Permalink
Malam ni aku happy sangat sebab dak gemok tu call aku...terubat rindu ni kejap..hehe...(gatai sungguh!!) Ye la seminggu dia outstation, kitorang terputus hubungan kejap. Ni dia dah balik, syukur sangat2. Dah tu, dia siap belikan aku baju lak tu...Ntah baju apa yang dia beli, tak tau la aku. Yang penting dia kata dia tau baju yang dia beli tu aku mesti suka sebab dia tau baju pe yang aku tak suka pakai.
Suka giler dia dengar aku dah pergi kursus kahwin tu. Over excited lak dia...Lagi satu yang dia suka bila dengar berat aku dah naik. Memang aku dah agak dah.. Yang tak leh tahan bila dia soal aku macam polis, ada lelaki call/msg aku ke tak, aku layan ke tak, ada lelaki datang ofis amik aku lunch ke tak, aku ada keluar malam dengan lelaki ke tak, mcm2 lagi la..Soalan2 dia ni buat aku ketawa je sebab sebelum ni tak pernah ada orang yang tanya aku sampai macam ni sekali. Dia kata dia tak risau sangat kat aku sebab katanya aku pandai jaga diri tapi yang dirisaukan ialah lelaki2 yang cuba contact dengan aku tu. Hehehe... Kelakar betul. Dah tu dia minta izin aku nak masuk 'cup sprinta' sebab ada orang offer dia join sukan tu. Aku tak kisah kalau dia nak serius dalam bidang sukan motor tu. Unless, dia berlumba kat atas jalan, memang nahas la jawabnya. Mau gak aku say 'gudbye' kat dia nanti. Yang aku lagi nak tergelak bila dia minta aku kongkong dia. Ni la 1st time aku dengar lelaki minta dikongkong. Biasanya takde orang yang suka dikongkong termasuk la aku. Tapi alhamdulillah dia tak kongkong aku. Aku bebas nak buat apa je asalkan aku tau jaga diri. So, aku skang ni tengah belajar camne nak kongkong lelaki sebab aku tak pernah buat sebelum ni.
Citer bab tunang, aku cakap la aku nak pakai baju color light green+light purple. Ada ke patut dia kata aku pilih tema sempena Deepavali!!! Tak patut sungguh. Dah tu kata aku kuat merajuk. Skit2 nak merajuk... Dia kata lagi aku ni suka buat benda yang bukan2, lain dari yang lain. Dah memang aku macam tu, nak buat camne kan. Tapi finally, dia setuju gak dengan syarat aku pergi beli kain tu dengan mak dan mama dia. Ah, tu small matter je..hahaha....Yang penting impian aku untuk pakai 2 color favorite aku tu tercapai sebab time nikah, mak aku nak aku pakai baju color kelabu@silver. Kebetulan warna favorite kitorang same lak. HIJAU. So, takde masalah. Hehe....Lagipun aku bukan nak buat majlis besar2an, buat kecik2 je. Hanya family aku, family dia n beberapa orang kawan2 aku (adalah dalam 10org).
Yang tak bestnya hp dia rosak. Huhu...Dia call aku pun guna hp kawan dia. Tak kisah la, yang penting dia call aku gak. Maklumlah, dok berjauhan ni memang banyak dugaannya. Macam tak sabar lak tunggu dia balik bulan depan..huhuhu...
Esok aku pergi kelas tarian Cuti-cuti 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan kat Putrajaya dari jam 8.30pg hingga 6.00ptg. Kelas tu untuk Trainer tarian (ala2 koreografer gitu!!). Kelas tu 2 hari (21-22.10.09). So, 2 hari la aku tak masuk ofis. Dah lama rasanya aku tak menari. Ni kan plak nak jadi trainer. Balik je dari kelas tu nanti aku kena latih 50 orang lagi staff kat kementerian aku untuk Program Cuti-cuti 1Malaysia 6 Dis 09 nanti.
Posted at 10:27 pm by shiella
Permalink
Monday, October 19, 2009
Dah lama rasanya aku tak update blog ni.. Baru malam ni dapat update. Actually, aku dah buat entry ni mengikut tarikh tapi disebabkan aku baru update malam ni, so aku masukkan je la sekaligus...Entry ni untuk jangka masa sebulan sebelum ni...
Dunia belum berakhir Bila kau putuskan aku Masih banyak teman-teman ku di sini Menemani ku Dunia belum berakhir Bila kau putuskan aku Wajah ku juga nggak jelek-jelek amat Ada yang mau Ku pikir-pikir, Ku pikir-pikir Lebih baik aku menyingkir Ku pikir-pikir, Ku pikir-pikir lelah Oh oh...
Lirik lagu ni macam kena je dengan aku. Di saat aku cuba mengembalikan semangat dan kekuatan diri, ada je insan yang muncul untuk menceriakan hari2 mendatang aku. Dulu pun aku ramai kawan yang berkongsi suka duka, tapi skang suma dah berkahwin. So, bila dia muncul dalam hidup aku, skit sebanyak terubat gak hati ni kan..(ecewah!!). 15 September lepas dia call aku untuk pertama kalinya. Terkejut gak sebab tak sangka dia nak call. Memang aku ada simpan nombor dia waktu kami bertukar nombor dulu tapi tak pernah terlintas yang dia akan call aku semula. Aku tak tau kenapa setiap kali bersembang dengan dia, hati aku rasa tenang je. Dah tu happy lak...(petanda apa ni??).
Yang aku tak leh blah tu bila dia kata dia call aku sebab aku termasuk dalam mimpi dia. Bila aku tanya mimpi tu berkaitan apa, dia kata dia bagitau aku satu hari nanti. So, aku pun diam je la. Aku ni tak suka nak paksa2 orang. Memang dah perangai aku agaknya. Tu gak sebab aku dipermainkan orang kot..(isy...dah la xnak fikir benda2 lama tu lagi).. Life must goes on...
******************************************************************
19.09.09
‘kwn’- kalau korang la kan, pe yang korang pk maksud singkatan ni?? Bagi aku singkatan ni untuk ‘kawan’. Bila dia bagi aku msg n tulis singkatan ni, aku jawab, “ok la, kita kan memang berkawan skang ni”. Rupa2nya,dia maksudkan ‘kahwin’. Terkejut giler aku. Tak sangka langsung aku yang dia betul2 nak serius dengan aku. Biasa la kan, jawapan aku ‘hanya kawan’. Alhamdulillah dia faham keadaan dan situasi aku ketika ni. Ayat dia yang buat aku ketawa bila dia kata ‘jawatan kosong tu jangan buka kat orang lain,simpan dalam peti besi n kunci elok2. Once aku dah boleh terima dia, baru buka peti besi tu n cop ‘DITERIMA’. Hahaha....kelakar betul. Aku tak pernah orang berkias sampai macam ni skali...
******************************************************************
29.09.09
Selepas sekian lama aku fikir, aku tanya pendapat angah, aku timbang baik dan buruk lepas keputusan dibuat, akhirnya 29.09.09 aku terima gak dia dalam hidup aku. Even kitorang memang jarang dapat jumpa, tapi aku harap hubungan ni berkekalan. Tak larat dah nak cari yang lain (even aku xyah cari pun akan ada yang datang tapi aku tak nak...huh,perasan tul!!). Tarikh tu dia balik bercuti n jadi tarikh 1st date kitorang. Ni la 1st time aku merasa date waktu malam sebab sebelum2 ni aku cuma pergi dating waktu siang hari je. Tapi apa2 pun, tak kira siang atau malam, maruah dan peribadi diri, aku tetap jaga. Selama 4 hari dia cuti, tiap2 hari kuar dengan dia.....gila kan??? Nenek & mama dia pernah nak jumpa aku tapi aku cakap nanti dulu...bila segala2nya dah ready, baru la aku jumpa family dia. Tu pun selepas dia jumpa family aku.
******************************************************************
5.10.09
Hari ni dia demam, teruk sangat. Bila dia hantar mms, memang pucat gler....sian lak aku tengok dia. Bos n kawan2 dia kata dia demam cinta..hahaha....aku pun gelak time dia cakap kat aku. Dah 2 hari dia demam camtu. Aku takut dia suspek H1N1 je. Bos dia suruh pergi klinik. Aku tau kalau dia pergi klinik, dia cuma jumpa doktor untuk amik MC je. Lepas balik keje, dia terus balik KL. Kitorang pergi dinner kat Restoran Nelayan Titiwangsa. Lepas tu terus pergi klinik. Ubat memang dia takkan makan. Rupa2nya memang betul pun. Ada ke patut dia suruh aku amik ubat dia dan simpankan..Dia dapat MC sehari je. Tapi bila aku pujuk2 dia makan ubat, finally dia makan gak ubat tu depan aku. Lega aku rasa. Dia ni memang jenis tak makan ubat. Mama dia pun cakap camtu gak. Yang aku geram tu, dah la demam, ada hati nak bawa aku pergi shopping dulu sebelum balik umah. Huh!! memang degil!!.. Sempat lagi belikan aku baju, seluar, perfume, kasut....hmm...macam2...Bila aku cakap tak payah belikan aku apa2, dia merajuk plak. Katanya aku tak sudi terima apa yang dia nak bagi. Last2, aku diam je. Sukahati dia la nak belikan aku apa pun.
******************************************************************
15.10.09
Dia kena outstation mula hari ni sampai bila pun tak tau. Paling kejap pun 2 minggu. huhuhu....Pedihnya...dah la tempat dia nak outstation tu, line fon tak clear. Kejap ada, kejap takde...Sebelum dia bertolak, dia dah bagitau aku hal ni. Aku cuba tenangkan diri dan tak fikir apa2 pun yang tak baik tentang dia sebab aku tau memang tempat tu line xclear sangat. Dia sempat bagi aku duit untuk pergi kursus kahwin. Aku memang plan nak pergi kursus kahwin tu tapi bukan sekarang. Tapi bila dia dah bagi duit, nak tak nak aku kena pergi gak kursus tu minggu ni.
*********************************************************************************************************
17-18.10.09
Aku dgn angah pergi Kursus Kahwin kat Masjid Negara (mak aku yang syorkan ke sana). Memang penat. Last modul, aku tidur. Hahaha, dah nak abis baru aku bangun...Dalam kelas tu, aku antara yang paling tua sebab majoriti yang datang sume muda2 belia. Paling muda 16 tahun. Angah lagi best, setiap modul dari mula sampai akhir, asyik tidur je...Sabar je aku dengan adik aku tu. Sekurang2nya, aku dah tamat kursus yang menyeksakan ni..hehehe...Lepas ni dah boleh kawin dah ni..hehehe....gatai!!!
*********************************************************************************************************
17.10.09
Balik dari kursus kahwin, malam tu terus pergi umah Faris (open house). Aku pergi dengan Dayah. Kitorang jumpa Raimi dgn Im kat Saujana Impian. Lepas tu gerak sesama. Sepanjang jalan, kitorang bersembang sebab dah lama tak jumpa. Tak sangka aku rupa2nya situasi aku sama dengan dia sebelum ni. Berkongsi pengalaman la kitorang. Macam2 benda aku, Raimi, Dayah, Imran, Faris, Huda, Che An borakkan....Memang best la. Aku dengan Dayah sampai kat umah jam 12.50tgh malam..Terlampau syok borak sampai tak sedar masa...hehehe...
Posted at 09:16 pm by shiella
Permalink
Saturday, September 12, 2009
Berbuka@Village View, Bangi
Hari ni aku buka kat Village View Restaurant, Bangi dengan geng poly aku. (Olie, Kasmin, Amin, Shima, Zana, Ana n aku). Disebabkan aku ni tak berapa master jalan sekitar Bangi tu, so aku keluar dari rumah awal gak la. Jam 5.30ptg aku dah keluar. Pergh, tak sangka lak aku lalu jalan yang betul, terus je jumpa kedai tu cuma jalan jem skit..Apa pun ok la berbuka kat situ. Makanan pun ok cuma xbest skit la berbanding aku berbuka dgn kawan2 aku yang lain. Mungkin tak cukup havoc kot. Kul 9.30mlm dinner berakhir.
Posted at 11:56 pm by shiella
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|