Image Hosted by ImageShack.us







shiella
April 25th
Female
Hulu Langat
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Friday, September 11, 2009
Berbuka Puasa@Restoran Cinta Sayang, Shah Alam

Hari ni aku ada photo shoot kat ofis untuk greeting kad ISM. Lepas je abis photo shoot, aku gerak ke Shah Alam dgn Zan untuk buka puasa dgn kawan2 aku yang lain. Memang kelakar gila ar time tu. Aku dgn Zan sampai awal. Kitorang lepak kat Masjid Shah Alam. Sebelum tu, kitorang g beli juadah untuk berbuka. Kitorang beli, rojak, air asam boi dgn murtabak. Tu pun beli sekadar untuk alas perut je sementara tunggu kawan2 yang lain sampai.

Ni la 1st time aku berbuka dekat kereta. Dah la berdua je dengan Zan tapi nasib baik Dayah dgn Ikhwan sampai xlame lepas azan. So ada la geng berbuka.hehehe..Lepas solat maghrib, mmg kecoh skit. Ye lah kelam-kabut nak cari member masing2. Lastnya, berkumpul kat Shell Seksyen 7. Lepas tu terus g kedai makan kat Restoran Cinta Sayang, Shah Alam. Yang datang, aku, Zan, Raimi, Imran, Che An, Rahmat, Faris, Huda, Mirul, Izy, Ikhlas, Dayah, Ikhwan.

Memang havoc gler ar...Aku memang rindu time2 macam tu. Banyak gelak je..Terimbas kenangan dulu2...Aku g dengan Zan, balik dengan Che An. Lepas ni, raye lak dengan diorang. Pergh, memang best ar...

Posted at 11:20 pm by shiella
komen  

Sunday, September 06, 2009
Bosan.....Keliru!!!!

Aku bosan dgn perasaan aku ni! Kenapa mesti aku ditinggalkan dalam dunia kekeliruan aku sendiri??? Sampai sekarang aku masih tak dapat lupakan dia. Ya Allah, bantulah hambaMu ini..Aku tak mampu nak mencintai orang lain selain dia.

Aku pernah ceritakan hal ini pada seseorang yang sangat rapat dgn aku dan dia syorkan aku bagitau je perasaan aku yang sebenar pada xbf tu tapi aku tak cukup kuat untuk buat semua tu. Habis tu, apa lagi yang aku nak buat??? Aku sungguh2 rasa macam yakin dengan perasaan aku ketika ni. Adik aku pun sarankan perkara yang sama. Then, adik aku cakap, kalau aku tak mulakan aku takkan dapat jawapan. AhhhH!!!!! Aku benar2 keliru sekarang ni...

Posted at 11:59 pm by shiella
komen  

Monday, August 31, 2009
Happy dgn adik-adikku

Hari ni aku rasa bahagia sangat. Aku keluar dengan adik-adikku; Angah dan Achik. Kitorang g The Mines jalan-jalan. Aku belikan angah laptop baru sebab laptop aku, aku nak guna (maklumlah..nak chatting dgn buah hati yang jauh di perantauan..hehehe). Kitorang g main bowling, berbuka puasa kat Dunkin Donuts...

Inilah saat2 yang aku harapkan akan berulang lagi. Dan insyaAllah aku dan adik2 aku plan nak ke Genting plak ujung tahun selepas Angah dan Achik habis exam masing2...Semoga kebahagiaan ini berkekalan.

Posted at 11:49 am by shiella
komen  

Saturday, August 22, 2009
Sayang aku TAPI cinta utk org lain???

Aku tak tau apa yang aku rasa saat ini. Aku benar2 terkejut dengan pengakuan dia petang tadi. Dia kata dia memang sayangkan aku tapi kini cintanya bukan untuk aku tetapi gadis lain. Huh...akhirnya perkara yang paling aku takuti terjadi lagi...suatu perpisahan bakal terjadi lagi. Memang terasa kesakitannya.

Aku rasa tak sedap hati. So, aku beranikan mesej dia walaupun kitorang dah perang dingin selama lebih seminggu. Memang benar kata hati aku. Dia dah tak cintakan aku lagi. Oh tuhan, memang perit untuk aku terima, namun lebih perit lagi kalau aku teruskan hubungan ni. Dia tanya aku sama ada nak tak berkawan je dgn dia. Aku kata ok je walaupun dalam hati hanya tuhan yang tahu. Aku menangis tak berhenti2. Ni la dugaan awal Ramadan untuk aku.

Alasannya, aku tak pernah nyatakan cinta pada dia. Biarlah dia..mungkin dah nasib aku macam ni. Bila aku dah mencintai seseorang, family tak restu. Sekarang bila aku mencintai seseorang yang family aku restui, dia lak buat aku macam ni. Tapi aku tak tau kenapa kali ini lebih sakit rasanya berbanding yang pertama.

Waktu aku pergi bercuti a.k.a bawa diri ke Penang dan Langkawi memang aku rasa tenang sangat. Balik je terus aku rasa tension. Tension sangat especially dengan pengakuan dia. Aku harap tekanan ni hanya sementara je. Semoga aku dapatkan kembali semangat aku untuk teruskan kehidupan ini.

Ya Allah, sungguh berat ujian yang aku alami ini...

Semoga keberkatan Ramadan ini memberi cahaya baru dalam hidup aku.

 

Posted at 12:36 am by shiella
komen  

Wednesday, August 19, 2009
Soal perasaan

Aku rasa aku ni ada potensi nak jadi playgirl cuma aku je tak nak..bak kata orang, pilihan kita yang buat...bayangkanlah...dalam kekecewaan yang aku alami sekarang, ada je yang nak mengubatinya. Syukur sangat2..aku sentiasa ada orang yang tersayang di sekeliling aku memberi aku semangat...

Thanks to all my lovely family members, mak, abah, adik2, adik angkat aku yg tersayang (Ridz, Reza, Syafa), kawan2 yang memahami..thanks so much..

Korang la penguat semangat aku untuk terus bertahan...Betullah orang kata soal perasaan ni memang xleh buat main..sekali terjatuh memang payah nak bangkit balik...skang ni aku bangkit hasil kekuatan dan sokongan dari org2 yg aku sebut kat atas ni...thanks guys!!

Posted at 12:30 am by shiella
komen  

Monday, August 17, 2009
Minggu Holiday Aku

Minggu ni aku bercuti-cuti Malaysia. Relaxkan minda aku yg berkecamuk ni..Selalunya serabut pasal keje...Kali ni bukan pasal keje tapi pasal hati dan perasaan aku...(pasal cinta la beb)..mmg buat aku tertekan gila...ni la 1st time aku g bercuti sorang2...tapi dah seharian aku kat sini, alhamdulillah, aku enjoy dgn trip aku ni...aku xyah dgr org nk marah2 aku, bising2, perkara2 yg menyakitkan hati..mmg aman dan tenang giler ar...agak2 nk terfikir perkara yg sakitkan hati, aku terus je nangis...nangis je puas2 sambil mengadap kat laut...bila dengar bunyi ombak, tenang je rasa hati...tu la ajaibnya ciptaan Allah...malam2 buat solat sunat...banyak yang aku dah belajar dan akan belajar sepanjang percutian aku ni.

Kawan aku kat sini cuma laptop ni je..hp pun aku off. xmau ada gangguan...seharian dok lepak kat bilik hotel, skali2 turun ke swimming pool, g pantai..main2 air, mandi laut, swimming...then, balik ke bilik mengadap laptop lagi n chatting dgn adik2 aku yg tersayang, gelak2, nyanyi2,edit gambo...mmg havoc tul dunia aku kat sini...

Posted at 02:22 am by shiella
komen  

Friday, August 14, 2009
Cari Ketenangan

Lamanya aku tak jenguk 'best friend' aku ni. Selama itu jugak la macam2 perkara dah terjadi. Next week, aku akan pergi bercuti. Dari 15-21.8.09. Lebih kurang seminggu aku pergi. Pergi untuk menbawa hati yang duka dan mencari ketenangan. Moga2 akanku temui ketenangan itu nanti. Kebetulan time aku balik nanti dah masuk bulan puasa, so, boleh la ketenangan tu berpanjangan..Harap2nya, begitulah....

Aku pergi ni pun sorang2 je. Yang lagi rasa macam xsabar nak pergi next week sebab mak abah setuju aku pergi bercuti walaupun cuma sorang diri tanpa kawan2 atau adik2 aku. Mungkin diorang tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Alhamdulillah, akhirnya diorang paham gak dengan situasi aku. Sekali je aku minta kebenaran, terus je diorang terima dan setuju. Tak ada plak nak banyak2 soal macam selalu. Terima kasih mak, abah dan adik2 sebab paham keadaan kaklong sekarang ni. Betullah kata orang soal hati ni boleh buat someone tu tak waras dan tak siuman lagi..Sebelum aku masuk dalam kategori tu, lebih baik aku cari penawarnya dulu. Macam omputeh kata "prevention is better than cure".hehe....

Aku pergi holiday ni pun cuma 2 orang je yang tau ke mana aku pergi. Family aku dan Kak Nora. Yang lain semua tak tau aku ke mana sebab aku tak nak ada gangguan. Teman aku waktu di 'sana' nanti cuma telefon dan laptop aku je. Tapi jangan haraplah diorang dapat contact aku direct sebab aku off phone. Aku je yang akan contact diorang informkan keadaan aku kat sana. Even bos aku pun tak tau aku pergi mana.

Tapi takpe, sepanjang aku bercuti nanti akan aku kutip seberapa banyak pengalaman dan ketenangan untuk aku kongsikan dengan yang lain melalui blog ni. Doakan aku selamat sepanjang aku di sana dan dapat ketenangan yang aku cari. InsyaAllah....

 

Posted at 02:18 am by shiella
komen  

Wednesday, June 24, 2009
My Life's Back!!!

Malam tadi aku rasa kehidupan aku dah kembali mcm dulu. Memang havoc gila!! My nightlife has back!!! Aku akan teruskan life aku macam biasa.  Baru la rasa sempurna hidup ni. Yang lagi best jumpa kawan2 aku yang dah setengah tahun tak jumpa. Tu pun ramai yang takde sebab outstation. Takpe2 nnt aku balik dari berkursus kat Langkawi (25-27 Jun 2009: Kursus Instruktor Kecergasan) boleh jumpa diorang sume...YAHOOOOOO!!!!

Posted at 11:02 am by shiella
komen  

Monday, June 22, 2009
Hampir Pasti

Malam tadi entah kenapa ada je orang yang call aku untuk meluahkan isi hati. Bila fikir balik, memang kelakar abis!! Ada yg still single, duda n yg dah ada bini pun nak luahkan jugak. Aku dengarkan aje la. Yang lagi best tu, diorang call time lebih kurang je. Lepas sorang call, sorang lagi call plak... Aku cakap kat diorang yg aku dah ada somebody n cari je la orang lain sebagai pengganti aku. Dahsyat gak aku ni ek...sampai laki orang pun berminat dgn aku...hahahaha....perasan sungguh!!Dalam masa yang sama, aku msg dengan special friend aku. Dah la time ni otak aku mula bengong skit kan. Mulalah aku taip ayat yang ntah apa2. Tapi bagus jugak bila otak aku ni weng sebab kalau aku normal, tak berani aku nak tanya soalan2 macam yang aku tanya semalam. Gila apa??? Aku tanya kat dia, siapa aku sebenarnya pada dia?

Sebelum ni, dia selalu straight to the point je tapi ntah kenapa semalam dia berkias2 lak dengan aku. Tetiba dia cakap kat aku bab kahwin. Aku terkejut gak la sebab lain yang aku tanya, lain yang dia jawab. Tapi xpe sebab finally aku dapat gak jawapan yang aku nak. Hehehe....Aku bukannya apa, tanya soalan mcm tu kat dia, sebab sebelum ni kitorang xpernah buat any declaration pun tapi cara dia layan aku macam la aku ni gf dia. Sekarang aku dah tau status aku pada dia. Tapi boleh tak aku kata yang aku masih anggap dia macam kawan2 aku yang lain cuma special skit je. hehehe...Jahatkan aku..(takut menaruh harapan) Yang penting, aku dah dapat jawapan yang HAMPIR pasti bahawa aku bakal tukar status aku next year!! huhuhu.....

Posted at 11:58 am by shiella
komen  

Thursday, June 18, 2009
Cinta Ibarat Air

MUDAHKAH anda membuka pintu hati kepada seseorang, tetapi teramat sukar untuk menutup kembali pintu hati kepadanya?
Tidak dinafikan apabila perasaan cinta sudah bermukim di hati, anda terasa betapa indahnya dunia.
Lebih indah lagi apabila segalanya terbuai kerana mencintai seseorang yang anda amat suka walaupun dia tidak membalasnya.

Namun, pengalaman pernah menyayangi seseorang, tetapi akhirnya dilukai membuatkan bencinya hati apabila hendak menerima kehadiran orang baru.
Begitu juga sebaliknya, seseorang yang begitu menyintaimu, tetapi anda tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah, perasaannya sama seperti perasaan anda - ingin mencintai walaupun tidak dicintai.

Hormati perasaannya, tetapi usah berikan harapan kerana terpaksa dalam cinta adalah suatu kepalsuan. Akhirnya yang merana diri anda sendiri.

Cinta ibarat air. Anda sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan, ia akan menjadi ombak yang akan membuatkan hidup anda terumbang-ambing.

Jika ia ibarat air di kutub, maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita.

Jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkannya ke muara.

Sekiranya ia ibarat air terjun, lalu terhempaslah anda berulang-ulang ke bawah. Kalau ia ibarat air tasik yang tenang membiru, anda dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Lalu jenis air mana yang anda inginkan?

Carilah mata air yang suci lagi murni walaupun keluar sedikit demi sedikit, tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk saja.

Biarlah anda menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya, tetapi anda tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Jika anda sudah melengkapi diri untuk membina kekuatan dalam fasa perhubungan yang baru, cubalah petua berikut. Mana tahu cinta yang baru bakal memenuhi dan menyinari kekosongan jiwa, memberi kehangatan kebahagiaan buat anda selamanya.

Antara petuanya:

  • Apabila si dia sibuk, jangan pula anda terlalu merengek-rengek meminta si dia menjemput anda di tempat kerja ataupun menemani anda ke mana jua sedangkan anda sudah tahu rutin kerjayanya.

  • Sekiranya si dia terlalu ego, jangan sesekali mempersoalkan keegoannya apabila sikap sedemikian sedang menguasai dirinya.

    Baik lelaki atau perempuan, adakalanya mereka begitu ego dan sukar mengakui sesuatu walaupun memang jelas dia yang bersalah. Mungkin dia lebih tegas, tetapi anda sukar menafsirkan sikapnya.

  • Jika si dia romantik, ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa menyelitkan perancangan untuk masa depan bersama.

  • Apabila si dia panas baran, jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi rasa marahnya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahannya reda dan selepas itu barulah berbincang apa yang sepatutnya.

  • Jika si dia penat, jangan mengadu perkara ataupun bercerita perkara remeh-temeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambah kepenatan bahkan berasa bosan melayani kerenah anda yang bersifat keanak-anakan.

  • Sekiranya si dia terlalu mementingkan diri sendiri, cuba berterus-terang dan luahkan rasa tidak puas hati anda mengenai sikapnya itu. Anda sepatutnya bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga.

    Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain kerana persefahaman amat penting dalam menjalin perhubungan antara lelaki dengan perempuan.

  • Apabila si dia mengongkong dan anda pula memberontak, pasti akan dimarahinya kerana terdorong atas rasa yang tidak menyenangkan itu.

    Tetapi kalau anda menurut saja katanya, takut menjejaskan diri sendiri sehingga akan meletus sesuatu yang tidak diingini apabila timbul rasa tidak puas hati di kemudian hari.

    Untuk itu, anda perlu berkata sesuatu kepadanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan anda berdua.

  • Apabila si dia selamba, cuba tarik perhatian si dia. Contohnya lakukan sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang mulakan dulu. Oleh itu, rancang sesuatu untuk menarik perhatiannya.

  • Sekiranya si dia curang, jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya padanya tujuan dia bersikap begitu. Tetapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda sendiri yang berundur dulu sebelum hati semakin parah lukanya.

  • Jika si dia lurus bendul, memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak-tanduknya.

    Anda patut menjadi perangsang kepadanya dan mengatakan yang dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa terlalu mengharapkan orang lain.
  •  

    Posted at 06:34 pm by shiella
    komen  

    Previous Page Next Page