Entry: Dunia Belum Berakhir Monday, October 19, 2009



Dah lama rasanya aku tak update blog ni.. Baru malam ni dapat update. Actually, aku dah buat entry ni mengikut tarikh tapi disebabkan aku baru update malam ni, so aku masukkan je la sekaligus...Entry ni untuk jangka masa sebulan sebelum ni...

Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku

Masih banyak teman-teman ku di sini
Menemani ku
Dunia belum berakhir
Bila kau putuskan aku
Wajah ku juga nggak jelek-jelek amat
Ada yang mau
Ku pikir-pikir, Ku pikir-pikir
Lebih baik aku menyingkir
Ku pikir-pikir, Ku pikir-pikir lelah
Oh oh...

Lirik lagu ni macam kena je dengan aku. Di saat aku cuba mengembalikan semangat dan kekuatan diri, ada je insan yang muncul untuk menceriakan hari2 mendatang aku. Dulu pun aku ramai kawan yang berkongsi suka duka, tapi skang suma dah berkahwin. So, bila dia muncul dalam hidup aku, skit sebanyak terubat gak hati ni kan..(ecewah!!). 15 September lepas dia call aku untuk pertama kalinya. Terkejut gak sebab tak sangka dia nak call. Memang aku ada simpan nombor dia waktu kami bertukar nombor dulu tapi tak pernah terlintas yang dia akan call aku semula. Aku tak tau kenapa setiap kali bersembang dengan dia, hati aku rasa tenang je. Dah tu happy lak...(petanda apa ni??).

Yang aku tak leh blah tu bila dia kata dia call aku sebab aku termasuk dalam mimpi dia. Bila aku tanya mimpi tu berkaitan apa, dia kata dia bagitau aku satu hari nanti. So, aku pun diam je la. Aku ni tak suka nak paksa2 orang. Memang dah perangai aku agaknya. Tu gak sebab aku dipermainkan orang kot..(isy...dah la xnak fikir benda2 lama tu lagi).. Life must goes on...

******************************************************************

19.09.09

‘kwn’- kalau korang la kan, pe yang korang pk maksud singkatan ni?? Bagi aku singkatan ni untuk ‘kawan’. Bila dia bagi aku msg n tulis singkatan ni, aku jawab, “ok la, kita kan memang berkawan skang ni”. Rupa2nya,dia maksudkan ‘kahwin’. Terkejut giler aku. Tak sangka langsung aku yang dia betul2 nak serius dengan aku.  Biasa la kan, jawapan aku ‘hanya kawan’. Alhamdulillah dia faham keadaan dan situasi aku ketika ni. Ayat dia yang buat aku ketawa bila dia kata ‘jawatan kosong tu jangan buka kat orang lain,simpan dalam peti besi n kunci elok2.  Once aku dah boleh terima dia, baru buka peti besi tu n cop ‘DITERIMA’. Hahaha....kelakar betul. Aku tak pernah orang berkias sampai macam ni skali...

****************************************************************** 

29.09.09

Selepas sekian lama aku fikir, aku tanya pendapat angah, aku timbang baik dan buruk lepas keputusan dibuat, akhirnya 29.09.09 aku terima gak dia dalam hidup aku. Even kitorang memang jarang dapat jumpa, tapi aku harap hubungan ni berkekalan. Tak larat dah nak cari yang lain (even aku xyah cari pun akan ada yang datang tapi aku tak nak...huh,perasan tul!!). Tarikh tu dia balik bercuti n jadi tarikh 1st date kitorang.  Ni la 1st time aku merasa date waktu malam sebab sebelum2 ni aku cuma pergi dating waktu siang hari je. Tapi apa2 pun, tak kira siang atau malam, maruah dan peribadi diri, aku tetap jaga. Selama 4 hari dia cuti, tiap2 hari kuar dengan dia.....gila kan??? Nenek  & mama dia pernah nak jumpa aku tapi aku cakap nanti dulu...bila segala2nya dah ready, baru la aku jumpa family dia. Tu pun selepas dia jumpa family aku.

******************************************************************

5.10.09

Hari ni dia demam, teruk sangat. Bila dia hantar mms, memang pucat gler....sian lak aku tengok dia. Bos n kawan2 dia kata dia demam cinta..hahaha....aku pun gelak time dia cakap kat aku. Dah 2 hari dia demam camtu. Aku takut dia suspek H1N1 je. Bos dia suruh pergi klinik. Aku tau kalau dia pergi klinik, dia cuma jumpa doktor untuk amik MC je. Lepas balik keje, dia terus balik KL. Kitorang pergi dinner kat Restoran Nelayan Titiwangsa. Lepas tu terus pergi klinik. Ubat memang dia takkan makan. Rupa2nya memang betul pun. Ada ke patut dia suruh aku amik ubat dia dan simpankan..Dia dapat MC sehari je. Tapi bila aku pujuk2 dia makan ubat, finally dia makan gak ubat tu depan aku. Lega aku rasa. Dia ni memang jenis tak makan ubat. Mama dia pun cakap camtu gak. Yang aku geram tu, dah la demam, ada hati nak bawa aku pergi shopping dulu sebelum balik umah. Huh!! memang degil!!.. Sempat lagi belikan aku baju, seluar, perfume, kasut....hmm...macam2...Bila aku cakap tak payah belikan aku apa2, dia merajuk plak. Katanya aku tak sudi terima apa yang dia nak bagi. Last2, aku diam je. Sukahati dia la nak belikan aku apa pun.

******************************************************************

15.10.09

Dia kena outstation mula hari ni sampai bila pun tak tau. Paling kejap pun 2 minggu. huhuhu....Pedihnya...dah la tempat dia nak outstation tu, line fon tak clear. Kejap ada, kejap takde...Sebelum dia bertolak, dia dah bagitau aku hal ni. Aku cuba tenangkan diri dan tak fikir apa2 pun yang tak baik tentang dia sebab aku tau memang tempat tu line xclear sangat. Dia sempat bagi aku duit untuk pergi kursus kahwin.  Aku memang plan nak pergi kursus kahwin tu tapi bukan sekarang. Tapi bila dia dah bagi duit, nak tak nak aku kena pergi gak kursus tu minggu ni.

*********************************************************************************************************

17-18.10.09

Aku dgn angah pergi Kursus Kahwin kat Masjid Negara (mak aku yang syorkan ke sana). Memang penat. Last modul, aku tidur. Hahaha, dah nak abis baru aku bangun...Dalam kelas tu, aku antara yang paling tua sebab majoriti yang datang sume muda2 belia. Paling muda 16 tahun. Angah lagi best, setiap modul dari mula sampai akhir, asyik tidur je...Sabar je aku dengan adik aku tu. Sekurang2nya, aku dah tamat kursus yang menyeksakan ni..hehehe...Lepas ni dah boleh kawin dah ni..hehehe....gatai!!!

*********************************************************************************************************

17.10.09

Balik dari kursus kahwin, malam tu terus pergi umah Faris (open house). Aku pergi dengan Dayah. Kitorang jumpa Raimi dgn Im kat Saujana Impian. Lepas tu gerak sesama. Sepanjang jalan, kitorang bersembang sebab dah lama tak jumpa. Tak sangka aku rupa2nya situasi aku sama dengan dia sebelum ni.  Berkongsi pengalaman la kitorang. Macam2 benda aku, Raimi, Dayah, Imran, Faris, Huda, Che An borakkan....Memang best la. Aku dengan Dayah sampai kat umah jam 12.50tgh malam..Terlampau syok borak sampai tak sedar masa...hehehe...

 

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments