|
Malam ni aku happy sangat sebab dak gemok tu call aku...terubat rindu ni kejap..hehe...(gatai sungguh!!) Ye la seminggu dia outstation, kitorang terputus hubungan kejap. Ni dia dah balik, syukur sangat2. Dah tu, dia siap belikan aku baju lak tu...Ntah baju apa yang dia beli, tak tau la aku. Yang penting dia kata dia tau baju yang dia beli tu aku mesti suka sebab dia tau baju pe yang aku tak suka pakai. Suka giler dia dengar aku dah pergi kursus kahwin tu. Over excited lak dia...Lagi satu yang dia suka bila dengar berat aku dah naik. Memang aku dah agak dah.. Yang tak leh tahan bila dia soal aku macam polis, ada lelaki call/msg aku ke tak, aku layan ke tak, ada lelaki datang ofis amik aku lunch ke tak, aku ada keluar malam dengan lelaki ke tak, mcm2 lagi la..Soalan2 dia ni buat aku ketawa je sebab sebelum ni tak pernah ada orang yang tanya aku sampai macam ni sekali. Dia kata dia tak risau sangat kat aku sebab katanya aku pandai jaga diri tapi yang dirisaukan ialah lelaki2 yang cuba contact dengan aku tu. Hehehe... Kelakar betul. Dah tu dia minta izin aku nak masuk 'cup sprinta' sebab ada orang offer dia join sukan tu. Aku tak kisah kalau dia nak serius dalam bidang sukan motor tu. Unless, dia berlumba kat atas jalan, memang nahas la jawabnya. Mau gak aku say 'gudbye' kat dia nanti. Yang aku lagi nak tergelak bila dia minta aku kongkong dia. Ni la 1st time aku dengar lelaki minta dikongkong. Biasanya takde orang yang suka dikongkong termasuk la aku. Tapi alhamdulillah dia tak kongkong aku. Aku bebas nak buat apa je asalkan aku tau jaga diri. So, aku skang ni tengah belajar camne nak kongkong lelaki sebab aku tak pernah buat sebelum ni. Citer bab tunang, aku cakap la aku nak pakai baju color light green+light purple. Ada ke patut dia kata aku pilih tema sempena Deepavali!!! Tak patut sungguh. Dah tu kata aku kuat merajuk. Skit2 nak merajuk... Dia kata lagi aku ni suka buat benda yang bukan2, lain dari yang lain. Dah memang aku macam tu, nak buat camne kan. Tapi finally, dia setuju gak dengan syarat aku pergi beli kain tu dengan mak dan mama dia. Ah, tu small matter je..hahaha....Yang penting impian aku untuk pakai 2 color favorite aku tu tercapai sebab time nikah, mak aku nak aku pakai baju color kelabu@silver. Kebetulan warna favorite kitorang same lak. HIJAU. So, takde masalah. Hehe....Lagipun aku bukan nak buat majlis besar2an, buat kecik2 je. Hanya family aku, family dia n beberapa orang kawan2 aku (adalah dalam 10org). Yang tak bestnya hp dia rosak. Huhu...Dia call aku pun guna hp kawan dia. Tak kisah la, yang penting dia call aku gak. Maklumlah, dok berjauhan ni memang banyak dugaannya. Macam tak sabar lak tunggu dia balik bulan depan..huhuhu... Esok aku pergi kelas tarian Cuti-cuti 1Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan kat Putrajaya dari jam 8.30pg hingga 6.00ptg. Kelas tu untuk Trainer tarian (ala2 koreografer gitu!!). Kelas tu 2 hari (21-22.10.09). So, 2 hari la aku tak masuk ofis. Dah lama rasanya aku tak menari. Ni kan plak nak jadi trainer. Balik je dari kelas tu nanti aku kena latih 50 orang lagi staff kat kementerian aku untuk Program Cuti-cuti 1Malaysia 6 Dis 09 nanti.
|
| Leave a Comment: |